ikhlas yang tak mau di RM kan




 
dikhabarnya pada aku
kau mau pinjam bahu.
ke sana nya aku datang
bagikan bahu yang kau mau kan.
dengan harapnya aku dapat hela kan senaknya beban yang dirasakannya gumpal gumpal.
aku baginya. tanpa ragu.
aku bagi
kerna aku sayang.
senaknya beban kau itu aku x mau disampah sampahkan.
aku ikhlas.
aku campak jauh jauh kata ikhlas jika kau tanyakan ikhlas kah aku.
segan mahu aku tunjuk tunjuk ikhlasnya aku.
sebab aku cuma ada bahu untuk kau hela kan senak beban.
tapi itu dulu .semua tu dulu yang pernah.

dan

sekarang
kau dah senang.

*senyum*
*mata basah*

laginya nanti aku datang.
jangan lupa jemput makan kita semeja dengan apa yang kau hidang.

 nanti nanti aku pergi.
bukan bahu aku lagi yang kau mau kan.

truely,
snowmelodic